Thursday, July 15, 2010

ustazah Midah kembali ke Rahmatullah

usungan keluar jenazah ustazah Midah seusai solat

suasana pilu bagi anak-anak didik PASTI IMTIYAZ Taman Serai Permai bila mendapat berita bahawa Ustazah Midah, guru kesayangan mereka meninggal dunia hari rabu 14 Julai 2010,

jenazah Allahyarhamah selamat disolatkan oleh ratusan jemaah di Masjid Al-Athar, Masjid tinggi dan disemadikan jam 11.30 pagi di perkuburan bersebelahan masjid.

Jasa dan pengorbanan ustazah Midah menjadi sebutan ramai, kelibat senyuman dan lemah-lembut beliau menjadi kengan buat yang masih tinggal. keriangan melayan keletah anak murid menjadi bualan.

semoga rohnya mendapat rahmat Allah dan tergolong dalam hamba yang beriman dan beramal soleh, perginya tak kembali

Al-Fatihah

Sunday, July 4, 2010

guru pasti ke universiti

Pihak pengurusan PASTI IMTIYAZ, Taman Serai Permai Mungucapkan Tahniah dan selamat berjaya buat Ust Fariha kerana berpeluang menjejak kaki menuntut ilmu di Universiti Islam Antarabangsa.

Walaupun pihak PASTI, ibu-bapa dan anak-anak didik merasa kehilangan seorang guru berdedikasi dan penuh komitmen, namun semua pihak redha dan berdoa semoga cita-citanya tercapai.