Tuesday, December 28, 2010

pendaftaran pasti 2011

pendaftaran pasti telah dibuka untuk kemasukan 2011. sila berhubung dengan pihak pengurusana pasti, atau hadir sendiri ke pasti

membina generasi Al quran

Sunday, October 17, 2010

PELANCARAN DANA PEMBANGUNAN PASTI






Majlis pelancaran DANA PEMBANGUNAN PASTI IMTIYAZ, TAMAN SERAI PERMAI, BAGAN SERAI, PERAK telahpun diadakan pada hari jumaat 8, oktober 2010.

majlis tersebut telah disempurnakan oleh Al-fadhil Us Afnan hamimi Bin Taib Azamuddin, exco Pemuda PAS negeri Pulau Pinang, bersempena dengan program Kuliah Ad-deen.

Us Afnan Hamimi turut menyeru kepada semua penyumbang yang budiman supaya bersama-sama membantu menjayakan dana PASTI Imtiyaz,

kepada yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah diserahkan kepada Saudara Rosman atau saudara Fakhrul atau boleh masukkan ke Bank Islam , dana pembangunan Pasti Imtiyaz no 08077010021372

semoga sumbangan anda mendapat ganjaran disisi Allah Taala, insya Allah

Thursday, July 15, 2010

ustazah Midah kembali ke Rahmatullah

usungan keluar jenazah ustazah Midah seusai solat

suasana pilu bagi anak-anak didik PASTI IMTIYAZ Taman Serai Permai bila mendapat berita bahawa Ustazah Midah, guru kesayangan mereka meninggal dunia hari rabu 14 Julai 2010,

jenazah Allahyarhamah selamat disolatkan oleh ratusan jemaah di Masjid Al-Athar, Masjid tinggi dan disemadikan jam 11.30 pagi di perkuburan bersebelahan masjid.

Jasa dan pengorbanan ustazah Midah menjadi sebutan ramai, kelibat senyuman dan lemah-lembut beliau menjadi kengan buat yang masih tinggal. keriangan melayan keletah anak murid menjadi bualan.

semoga rohnya mendapat rahmat Allah dan tergolong dalam hamba yang beriman dan beramal soleh, perginya tak kembali

Al-Fatihah

Sunday, July 4, 2010

guru pasti ke universiti

Pihak pengurusan PASTI IMTIYAZ, Taman Serai Permai Mungucapkan Tahniah dan selamat berjaya buat Ust Fariha kerana berpeluang menjejak kaki menuntut ilmu di Universiti Islam Antarabangsa.

Walaupun pihak PASTI, ibu-bapa dan anak-anak didik merasa kehilangan seorang guru berdedikasi dan penuh komitmen, namun semua pihak redha dan berdoa semoga cita-citanya tercapai.

Tuesday, May 4, 2010

PASTI BAGAN SERAI TERBAIK NEGERI PERAK

Plak hadiah sebagai tanda pengiktirafan PASTI terbaik negeri Perak

Timbalan ketua Pemuda PAS dan Pengarah PASTI kawasan Bagan Serai bersama hadiah

Air Kuning, 2 Mei, Pasti Kawasan Bagan Serai di nobatkan sebagai Pasti terbaik dari segi pengurusan, dan pentadbiran dan kewangan seluruh negeri Perak.

perkara itu di di umumkan dalam muktamar PEMUDA PAS PERAK yang diadakan di markaz PAS AIR KUNING.

Kesungguhan Pemuda PAS kawasan, Majlis Guru Pasti, guru-guru, ibu bapa, dan pendokong PAS serta orang ramai berjaya membuatkan Pasti kawasan Bagan Serai mengungguli anugerah tersebut pada tahun ini.

semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan dengan sokongan semua pihak demi memenuhi tuntutan tarbiah Islamiah yang mantap.

Wednesday, April 14, 2010

GAMBAR ANAK DIDIK PASTI IMTIYAZ

Saff murid PASti Imtiyaz, Taman Serai Permai,
wajah ceria bersemangat dan lincah dalam mempelajari Agama seawal usia muda. Bakal menjadi generasi bertaqwa Insya Allah

Wednesday, March 3, 2010

selamat datang ke PASTI IMTIYAZ

PEMBUKAAN PASTI IMTIYAZ TAMAN SERAI PERMAI BAGAN SERAI