Thursday, May 17, 2012

murid dan guru PASTI IMTIYAZ berada di premis yang masih belum terlunas bayarannya, sumbangan anda diperlukan hubungi 0195599798

Thursday, April 5, 2012

SUMBANGAN MASIH DIPERLUKAN

assalamualaikum,
tuan-tuan yang budiman, hinga setakat 5/ april 2012, kutipan zakat, sumbangan dan lain lain untuk dana pembelian pasti masih lagi diperlukan sebanyak RM28,000 . sumbangan tuan amat diperlukan untuk langsaikan hutang pembelian rumah pasti ini, terima kasih

Tuesday, November 8, 2011

lagi RM 37 ribu untuk bayaran rumah

Alhamdulillah, berkar kerjasama dan sumbangan bertali arus, rumah PASTI IMTIYAZ taman serai permai, telah berjaya melunaskan sejumlah besar pembayaran nya.
namun masih berbaki sekitar RM 37 ribu untuk di selesaikan.

sumbangan tuan -puan para dermawan sanagat diperlukan sehingga jumlah tersebut berjaya dibayar kepada peminjam wang.

Wednesday, April 27, 2011

MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGAH HARI

sempena kutipan dana pembelian pasti imtiyaz


YB HJ Ramli Tusin, antara yang hadir di Majlis inim bersama Cikgu Radhi


Beberapa orang kaum Tiong Hua DHPP turut memberi sokongan


suasana majlis pada hari tersebut


para bakal Huffaz membacakan 30 juzu ayat Suci Al-Quran


Bacaan surah Yaasin, Tahlil dan Doa memohon petunjuk dan hidayah Allah

Ahad, 24, April. satu majlis jamuan makan tengah hari telah di adakan di premis PASTI IMTIYAZ bertujuan mengumpulkan dana bagi membeli rumah untuk dijadikan kelas pengajian.

Majlis yang dihadiri hampir 250 orang dimulakan dengan tazkirah ringkas dan diikuti dengan bacaan surah Yaasin serta bacaan 30 juzu' Al-Quran oleh pelajar Maahad Tahfiz berdekatan.

Turut sama memeriahkan majlis ini ialah dengan kehadiran dua orang Yang Berhormat iaitu YB Tuan Hj Ramli Bin Tusin Adun Semanggol dan YB Hj Husin Bin Din, Adun Selinsing.

Tetamu dari kaum Tiong Hua turut sama hadir dan memberi sokongan untuk menjayakan projek Dana pembelian PASTI IMTIYAZ ini.

Pengarah program ini, Saudara Rosman, berpuas hati dengan segala sumbangan dan perjalanan majlis yang lancar dan mendapat sambutan luar dugaan. beliau juga berterima kasih kepada penyumbang, penderma, pewaqaf dan kepada semua pihak yang bersusah payah sehingga program ini selesai dengan jayanya.

Beliau juga turut mengalu-alukan sumbangan berterusan dari semua pihak hingga hasrat mengumpulkan 110 ribu tercapai dalam masa yang terdekat ini.

Saturday, March 26, 2011

110 PEWAQAF X RM1000



PELANCARAN DANA WAQAF TERBARU

Pihal Pengurusan PASTI IMTIYAZ telah melancarkan kempen 110 pewaqaf x RM 1000 bagi memepecepatkan proses pembayaran belian rumah PASTI IMTIYAZ.

Kaedah yang dirancangkan ini ialah, setiap orang yang berminat menyumbangkan rm1000 untuk waqaf diri sendiri, ibu, ayah, isteri. ataupun individu mencari penyumbang RM 1000 untuk dijadikan waqaf ini.

Dengan sasaran seramai 110 pewaqaf, sebanyak rm110 ribu dapat dihimpun dalam masa yang singkat, maka premis PASTI IMTIYAZ akan lebih cepat dimiliki dan digunakan untuk kepentingan ISLAM.

jadilah 110 yang bertuah, menyerahkan pemilikan kepada Allah sebagai waqaf, pahala jariah,

sesiapa yang berminat sila hubungi

rosman : 0134801129
fakhrul :0124209635

sumbangan juga boleh dimasukkan ke dalam bank islam
pasti imtiyaz dana pembinaan
08077010021372

Sunday, March 6, 2011

GOTONG ROYONG PASTI


KUTIPAN DERMA DAN WAQAF


PEMASANGAN AWNING OLEH GENG FARID


PEMASANGAN AWNING,




Sabtu, 5 mac, setelah dapat membida rumah untuk dijadikan pasti, beberapa orang ajk dan orang ramai membantu membersihkan persekitaran pasti. kerja-kerja memotong rumput, membakar sampah-sarap dan lain-lain.

bunting waqaf turut digantung sebagai makluman serta permohonan sumbangan orang ramai untuk menyumbang bagi pembayaran rumah PASTI IMTIYAZ.

Tuesday, February 22, 2011

perasmian RM2 beli rumah



pelancaran derma /waqaf RM 2 Oleh AJK PAS PUSAT Mohamad bin Sabu



gambar rumah dari pandang depan


pandangan dari sisi,

majlis perasmian RM2 beli rumah telah dilancarkan oleh Tn Hj Muhamad Sabu ketika ceramahnya di PUPIS selinsing.
projek membeli rumah untuk pasti IMTIYAZ mendapat sokongan ramai penderma dan pewaqaf pada malam tersebut.
semoga hasrat murni akan tercapai dengan bantuan semua pihak insya Allah
sumbangan berterusan dari semua pihak amat di alu-alukan dan sila berhubung dengan pihak pengurusan pasti

terkini * rumah tersebut telah berjaya dibida dan menjadi hak milik PASTI IMTIYAZ dan pemabayaran perlu dilakukan dalam tempoh 120. dijemput dermawan, pewaqaf dan lain-lain pihak yang ingin membuat amal jariah berhubung dengan pihak pengurusan PASTI IMTIYAZ segera

no akaun Bank Islam : PASTI IMTIYAZ DANA PEMBINAAN 08077010021372