Wednesday, April 27, 2011

MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGAH HARI

sempena kutipan dana pembelian pasti imtiyaz


YB HJ Ramli Tusin, antara yang hadir di Majlis inim bersama Cikgu Radhi


Beberapa orang kaum Tiong Hua DHPP turut memberi sokongan


suasana majlis pada hari tersebut


para bakal Huffaz membacakan 30 juzu ayat Suci Al-Quran


Bacaan surah Yaasin, Tahlil dan Doa memohon petunjuk dan hidayah Allah

Ahad, 24, April. satu majlis jamuan makan tengah hari telah di adakan di premis PASTI IMTIYAZ bertujuan mengumpulkan dana bagi membeli rumah untuk dijadikan kelas pengajian.

Majlis yang dihadiri hampir 250 orang dimulakan dengan tazkirah ringkas dan diikuti dengan bacaan surah Yaasin serta bacaan 30 juzu' Al-Quran oleh pelajar Maahad Tahfiz berdekatan.

Turut sama memeriahkan majlis ini ialah dengan kehadiran dua orang Yang Berhormat iaitu YB Tuan Hj Ramli Bin Tusin Adun Semanggol dan YB Hj Husin Bin Din, Adun Selinsing.

Tetamu dari kaum Tiong Hua turut sama hadir dan memberi sokongan untuk menjayakan projek Dana pembelian PASTI IMTIYAZ ini.

Pengarah program ini, Saudara Rosman, berpuas hati dengan segala sumbangan dan perjalanan majlis yang lancar dan mendapat sambutan luar dugaan. beliau juga berterima kasih kepada penyumbang, penderma, pewaqaf dan kepada semua pihak yang bersusah payah sehingga program ini selesai dengan jayanya.

Beliau juga turut mengalu-alukan sumbangan berterusan dari semua pihak hingga hasrat mengumpulkan 110 ribu tercapai dalam masa yang terdekat ini.